17 Mei 2011 - around 3pm (setapak- Petaling jaya)
Starting when i having lunch with robert john kat tempat biasa, Anandur. then selepas enak makan segala, bermulalah satu pertemuan yang tak disengajakan bile robert john terjumpa kawan lama dia, dia sembang2 kejap then datang kat aku balik dengn muka selamba sambil tanya aku,
Robert : " you want to be extra's or not?".
aku pulak dengan terkial2 menjawab ...
Me : "extra's ? extra for what ?
Robert : "extra actor"
aku dah mcm --------- dia nie gila ke ?
Me : "taknak lah ! who offer this ? "
Robert : "my friends over there, he wants a girl. right now.
spechless. actually tak nak . sumpah taknak, malu. then kena paksa pulak dengan robert. dia suruh ambik job tu.sebab payment one day RM150. aku pon ape lagi....so, turutkan jelah. after that kawan dia panggil. dia ckp kat aku boleh tak balik rumah sekarng pergi salin baju semua mcm kolej girl. aku pon macam, ohh okayy... lari balik rumah cepat2 . kawan dia tu nak lagi sorang girl. aku pon cepat2 lah call atiqah bt zainal. tapi dia tu memang best betul kejap nak kejap takak. last2 aku pergi sorang2.
aku ikut lah kawan robert nie smpai ke Universiti Citi kat Petaling jaya , set shooting diorang kat sane..aku excited lah pulakann. hehe. actually ramai betul pelakon extra kat situ. aku tak tawu pon tu lakon cerita apa. haha. main actor dia aku lupa nama dia siapa. tapi dia berlakun cerita 7 sharifah kat astro ria .
adelah dalam satu jam menunggu,shooting tak start lagi. tiba2 dapat text dari mira, adik aku.
"fah, kau kat mane , asal tak jawab call. opah meninggal dunia, kita kena balik ipoh sekarang jugak ! "
aku dah mcam................
shooting dah nak start dah nie ! Demi Allah memang aku sentap sngat2, aku dah seronok2 nak timba 1st experience nak buat job nie. tapi, bukan rezeki aku kot..hmmm
ayah aku call semua dia datang ambik aku. kawan robert tu agak kecewa la jugak bila aku kena balik last minit.
aku text robert bagi tawu benda nie. dia mengamuk tak tentu pasal sbb aku cancel shooting tu. aku dah mcm ? aku ckp kat dia, i tahu lah you tade perasaan kan. orang mati pon you boleh suruh i pergi jugak shooting tu. tapi malam tu dah okay. dia mintak maaf semua. tapi aku still bengang,bongokk betull ! yelah, free2 dpat pujian tak tentu pasal dari dia. padahal bukan salah aku. benda dah nak jadi.
17 Mei 2011 - 10 pm (Ipoh)
dari PJ terus shoot ke ipoh. sesudah sampai rumah acu mamat, tengok opah terbaring dekat atas katil dengan kain batik. aku tengok respon ayah. muka dia cover lagi.. kiteorang adik beradik semua cium dahi opah. mak2 sedara semua tak smpai dari KL lagi. so kebuminya esok hari. malam tu semua bace yaasin. smpai ke pagi.
18 Mei 2011 - 10am (ipoh)
pagi tu aku tengok macam mane diorang mandikan mayat opah. satu pengalaman yang baru buat aku. mulut aku tak habis2 bace surah fatihah macam dah kena set dengan komputer. lepas dah habis mandikan jenazah bersih2, family boleh jirus air atas jenazah baik laki atau pompuan. bila turn ayah jirus air kat badan opah.aku tengok ayah cool lagi, tapi bila smpai turn acuu mamat, cuu mamat dah tak tahan dia terus nangis.apelagi, time tu baru aku tengok ayah nangis ! terkedu jugak lah.aku pon tumpang mengalirkan air mata.
Sedih la jugak. aku tahu yang paling sedih cuu mamat. adik lelaki bongsu ayah aku. dia tak kawin lagi. umur dia dah cecah 30. sebab dia kate dia takkan kawin selagi opah tak meninggal dunia. hebat kan dia ? dia jage opah sorang2 je kat ipoh. adik beradik lain semua di KL kerja termasuk lah ayah aku.
then dah kuburkan jenazah di kg.kepayang, lepas dah habis. cuu mamat aku lah orang yg paling sedih. smpai dia mcm dah taknak balik rumah nak tunggu situ.. ayah kau buat lek je. kitorang pon balik lah rumah. malam tu ade kenduri tahlil semua.
19 Mei 2011 - 10am (kuala Lumpur)
sekarang disini lah aku.tapi ayah balik ipoh balik naik bas. dia hantar kami adik beradik balik ipoh sebab adik2 ade periksa. begitu jugak lah aku.
I love you diaries, with love ; sya